Walimatulurus : Marlina dan Firdaus

Assalamualaikum. 


Alhamdulillah dan syukur ke hadrat Ilahi. Salah seorang sahabat baik aku dari sekolah rendah selamat mendirikan rumah tangga. Tahniah Marlina dan Firdaus. Amboi! Aku yang gatal dulu tapi kau yang kahwin dahulu. Hee. 
 

Majlis akad nikah dan bersanding diadakan pada hari yang sama. Jimat sangat dah tu. Lagipun satu negeri. Kita permudahkan segalanya. Majlis akad nikah berlangsung di Surau Kampung Ulu Chepor Tambahan. Tepat jam 10:30 pagi mereka berdua sah bergelar pasangan suami isteri. Allah, sebaknya Allah sahaja yang tahu. Kalau aku nanti macam manalah. Hee. Majlis akad nikah diorang simple dan mudah je. Akad nikah-majlis batal air sembahyang-balik.

 

Selesai semua upacara akad nikah terus bergegas balik semula ke rumah. Tukar baju majlis persandingan pula. Temanya biru uolls. Budak Marlina ni pakai warna apa-apa je masuk. Geram pulak aku. Haha! Ok fokus. Disebabkan mak andam beliau make upkan beliau untuk majlis akad nikah sahaja maka kami bertigalah yang jadi bidan terjun. Eh, yang sebenarnya si Ida n Seha je yang betulnya. Aku duduk menonong sebab idokle reti bab make up bagai ni. Huhu.

Ok siap pengantin, pengantin dan mak andam terjun terus bergegas ke dewan persandingan. Secara tiba-tiba cuak semacam sebab dah lama tak jadi pengapit. Huhu. Berpeluh jugaklah masa tu tapi masih boleh dikawal. Hiks! Pengantin bersanding sekejap atas pelamin kemudian terus ke meja makan. Yeah! masa yang aku nanti-nantikan. Palahap betoi pengapit. :p Sambil makan sambil selfie dengan pengantin. Haha. Memang slumber betul.

 

Hoyeah selesai sudah seorang sahabat. 3 orang anak dara dalam gambar ni tunggu turn pulak. Doakan kami pulak ye. Hee.

Kepada Marlina dan Firdaus,
selamat pengantin baru sahabat. Selamat bercinta hingga Jannah Allah. Sila beri kami anak saudara yang ramai. Semoga dipermudahkan urusan rumahtangga korang, dikurniakan cahaya mata yang soleh dan solehin. Mohon doakan semoga lepas ni setiap tahun ada yang akan mendirikan rumahtangga. :) :)

0 org mengomel :):