Travellog : Percutian ke Pulau Pinang - Part 1

Assalamualaikum.

Peringatan! Entry kali ini memang panjang berjela dan kemungkinan akan ada sambungannya. :)

Percutian kali ni bersama sahabat sekolah rendah. Pada awalnya kami plan untuk ke Krabi tetapi memandangkan mata wang Malaysia dah jatuh mendadak dan kebetulan pulak ada beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan maka kami semua ambil keputusan untuk bercuti dalam Malaysia sahaja. Eh, banyak tempat yang kita boleh pergi walaupun dalam negera sendiri. Sejujurnya, Perak tempat kelahiran aku sendiri pun aku tak habis teroka lagi. So, untuk ke luar negara kita tunggu plan yang akan datang. InsyaAllah jika dipanjangkan umur. Setelah perbincangan dibuat kami ambil keputusan untuk bercuti selama 3 hari (rabu hingga jumaat). Kami pergi pada hari warga Malaysia bekerja. Pada mulanya nak extend sampai 4 hari tapi tak boleh sebabnya ada wedding yang patut aku attend. Sorry guys, next time okay! 

Apa-apa pun sebelum cerita lebih lanjut tentang percutian ni meh sini nak share beberapa keperluan yang dibawa dan tempat-tempat yang telah disurvey sebelum terjah ke sana. Nak kata pertama kali ke Penang memang bukanlah sebabnya sejak kecil ayah selalu bawa kami sekeluarga ke sana. Lagi 1 senang untuk kami refer kalau tiba-tiba blur tak tahu ke mana. Sebenarnya banyak lagi tempat menarik dekat Penang tapi ni antara tempat-tempat yang famous dekat sana. Check it out!


Hari Pertama : Muzium Perang, Nasi 7 Benua, Burger Ayam NJoy & Pesta Penang

Kami bertolak awal pagi walaupun jarak dari Ipoh ke Penang tu bukanlah jauh mana. Sengaja bertolak awal sebabnya kami boleh berjalan ke mana-mana dahulu sebelum check in hotel. Btw, percutian kali ini dianggap menarik sebabnya kami "honeymoon" sekali dengan pasangan pengantin baru. Bhaha! Pada mulanya tak naklah ganggu diorang tapi disebabkan diorang kat stick on the plan maka teruskan sajelah. Mihmih. 

Kami pergi dengan 2 buah kereta. Kereta pengantin baru dan kereta ayah si Amir. Apa-apa pun kami jemput dahulu pengantin baru dirumah diorang. Settle semuanya terus gerak ke Penang. Yeay! Penang kau tunggu kami datang. Stop dahulu dekat RnR Bukit Merah untuk breakfast. Thanks to Ida dan Seha sebabnya sudi sediakan breakfast untuk kami dan maaf sangat-sangat sebab aku betul-betul tak sempat nak sediakan. Penat sebab malam tu baru sampai Ipoh. Nasib baik tak terlajak. Hee.

Tempat pertama yang kami singgah adalah Muzium Perang yang terletak di Batu Maung. Ini cadangan si Amir sebab masing-masing blur tak tahu nak ke mana. Haa, dah ada list pun still blur. Kami tak masuk pun Muzium Perang ni. Cuma bergambar je depan pintu masuk. Jadilah setakat tinggalkan tapak kaki dekat situ tanda kami pernah datang. Hee. Oh ya, bayaran yang dikenakan adalah RM20 dewasa dan RM10 kanak-kanak.

 

Siap bergambar terus tengok listing. Memandangkan masing-masing dah kelaparan terus decide untuk pergi makan. Jom ke kedai Nasi 7 Benua. Selama ni selalu tengok dalam facebook sajekan. Kali ini betul-betul rasa. 

 

Tudia! Korang tengoklah nasi tu. Untuk pengetahuan korang nasi 7 benua ni terdiri dari 7 jenis nasi yang terdapat di Malaysia iaitu nasi putih, nasi lemak, nasi tomato, nasi kacang, nasi lemuni, nasi minyak dan nasi hujan panas. Guna waze untuk ke kedai ni tapi foodcourt mana ntah yang dibawanya. Tutup pulak tu. Haha! Pengantin baru jadi penyelamat sebab diorang ikut google maps. Ok, ni lokasi Kedai Nasi 7 Benua : Taman Tunas Muda, Bayan Lepas, Pulau Pinang, MalaysiaKedai ni dekat tepi jalan raya je. Harga pulak berpatutan dan kira murah jugaklah. Aku ambil nasi 7 benua tu, ayam goreng, ikan masin dan ikan bilis. Apa yang best adalah airnya free.

Perut kenyang maka mata pun kuyu je. Dah pukul 2.30 pm terus ke tempat penginapan kami. Masa untuk check in. Yeah! Rehat dulu then malam tu untuk dinner kami makan benda yang simple je. Burger Ayam Goreng NJoy. Ini cadangan dari husband Marlina. 

 

Masa kami sampai tu kemain panjang orang beratur. Memang gigih betul diorang ni. Kebanyakan diorang ni student rasanya sebab tengok dari gaya dan kumpulan budak-budak tu. Gigih tu termasuklah kami. Demi tak nak biarkan perut kosong redha je la. Not bad rasanya. Ayam lembut dan rotinya pula berwarna-warni. Lokasinya di 6, Lorong Kekabu 2, 11960 Batu Maung, Pulau Pinang, Malaysia

Orang kata malam masih muda. Sambung lagi perjalanan ke Tapak Pesta Pulau Pinang. Btw, yang ni memang pertama kali aku jejakkan kaki dekat tapak pesta ni. Kitorang cuma berjalan je tengok apa yang ada dalam tapak pesta ni. Sebelum balik tu sempatlah naik buaian pusing "Euro Wheel" tu. Pening weh sebabnya 10x dipusingnya. Hadoi. 

pemandangan dari atas Euro Wheel
Lawa pulak pemandangan dari atas ni. Hewhew. Orite, sampai sini dulu. Sambung part kedua iaitu Penang Escape!

2 org mengomel :):

Pisyek Kumar said... Reply To This Comment

<a href="http://pisyek.com/" rel="follow>aku</a> pun x penah pegi lagi pesta penang. Hahahaha.

Azwa said... Reply To This Comment

@Pisyek Kumar haha