Sikap emak


Assalamualaikum.. Refer pada tajuk di bawah

 

Korang pernah terfikir walau sesaat tak kenapa ibu kita tak akan tidur selagi keadaan rumah bukan dalam keadaan yang sepatutnya?

Yeah, secara jujurnya benda ni memang aku terfikir dari dahulu lagi. Tapi tak pernahlah pula aku tanya dekat emak pasal benda-benda macam ni. Aku pasti korang sendiri tahu jawapannya apa nanti. Ini dari apa yang aku lihat tentang mak kesayangan aku ni. 

 

Emak..
 Seorang pengemas. Beliau tidak akan pernah rasa penat untuk mengemas rumah walaupun rumah sudah kemas. Beliau seakan tak tahu erti apakah itu penat. Yeah, aku admit. Aku kagum dan sangat bersyukur ada seorang emak seperti ini. Beliau akan berhenti betul-betul kalau penat yang amat sangat. Aku tolong ke tak? Of course la tolong. Tapi aku ni jenis buat kerja rumah secara senyap. Maksud aku biasanya masa diorang tidur ke tak ada dekat rumah ke. Haa, masa inilah aku buat. 

Nak kata aku ni pengemas dan rajin mengemas tu boleh la kot. Haha! Sebabnya aku seorang manusia yang tak boleh tengok keadaan rumah dan bilik yang bersepah. Mulalah mata ni rasa serabut. Dah serabut cepat-cepat kemas then baru rasa lega. Yeah, that's typical seorang Azwa. #lulz

Ok, itu saje. Keh!

2 org mengomel :):

Norazliah AR said... Reply To This Comment

Biasalah emak2 yang tercinta sentiasa peka keadaan rumah tu.. kan best ada mak2 yg gitu? rumah sentiasa kemas and of course pasti kita akan terbiasa utk ikut kemas2... #emakkuSayang

Azwa said... Reply To This Comment

@Norazliah Abd Rajak kan kak. heee. semoga kita semua dapat jadi seperti mereka. :)