kau ada?



hi, saya budak praktikal kat unit PSM SUK.
baru 2 hari menjalani praktikal kat unit nih.
macam-macam perangai yang saya jumpa.
ada yang giler-giler, serius
tapi kebanyakkannya semua oang giler-giler.
otak biru.. sory ye akak abam semua.. 
sekadar gurauan sebagai salam perkenalan. :)

hari ini buat apa?
dari pagi sampai petang online saje la kerjaku..
sambil tu fyp repor tetap jalan.
pepagi lagi diperkenalkan dengan semua orang dalam unit PSM.
wahhh, sumpah aku segan.. 
dapat gelaran "lailasari" daripada sorang abam ni.. 
macam-macam.. ok, janji ada bunyi nama tuh.
sebelum balik pulak kena sakat lagi..
hahaha... 
tetiba rasa macam nak kekal kat unit tu la..
seronok!! 

sebenarnya tak ada modal nak type..
ok byeee.....


Walimatulurus : Pasangan Jea & Azmir dan As & Fahmi


kawan-kawan dah kahwin. azwa, kau bila lagi? umur dah 22 tahun nih. itulah bunyinya setiap kali jumpa kengkawan sekolah. alahai kawanku, aku masih muda lagi. tak puas nak enjoy itu ini. nanti bila dah kahwin susah nak keluar hangout sesamakan.  :)

orite, memandangkan ramai kengkawan sekolah yang dah kahwin membuatkan aku pun rasa nak kahwin la... emak, nak kahwin boleh? semalam, masa tolong mak angkat tilam saje try tanya mak. mak kata dah ada calon ke?hak3. kan best kalau dah ada calon. masa tuh jugak cakap kat mak "DAH ADA!". 

apa-apa pun selamat pengantin baru untuk untuk kedua-dua kawanku : jea + azmir & as + fahmi..semoga korang bahagia sampai ke akhir hayat.. cepat2 dapat anak tau. heee


pengantin 1 : Jea & Azmir


  
  
      

pengantin 2 : As & Fahmi

  
          










hi baby baru!




saya baru lihat dunia.. 



eh budak. comelnya kau. kasi cium sampai lebam pipi montel tu boleh?



wah, teruja dapat anak buah sedara.
hak2.. anak buah sedara pun bolehkan. bantai lai.
ni anak kepada abang sedara.
kali ini dapat baby gurl.
wow, ada geng lagi sorang. hee
hi hi baby. apa nama baby eh?
nanti dah ada nama bagitau cepat-cepat tau.
mesti abang danish baby jeleskan sebab nanti baby dapat perhatian lebih dari dia. 
dah besar nanti tak nak nakal-nakal tau.

waktunya semakin hampir



 Ya Allah, 
permudahkan setiap urusanku.
permudahkan segala apa yang aku lakukan
permudahkan segala kerjaku

Ya Alah,
berikan aku kekuatan dalam menyiapkan projek ini
salurkan ketabahan & tenaga kepada ku untuk menghadapi projek ini sehingga siap

amin..

Penderaan terhadap bayi






hi readers semua. isu apa yang akan diketengahkan hari ini. isu penderaan terhadap kanak-kanak terutama sekali bayi. korang tau dan dah dengarkan kisah seorang baby yang kena dera kaw-kaw dengan maknya. maknya langsung tak berperikemanusiaan & berhati perut.

sedih, sadis, sakit hati, rasa nak terajang (kasar sikit eh) saja mak baby ni. memang tak sayang anak langsung. apa salah anak kau tu ha wahai wanita? dia pukul kau ke sampai kau mengamuk macam tu sekali? mana perginya sifat keibuan kau tu? mana pergi kasih sayang yang sepatutnya kau curahkan pada anak kau tu? mana perginya semua itu? 

sumpah aku rasa kau sebenarnya belum bersedia lagi nak pikul tanggungjawab sebagai seorang ibu yang mithali dan penuh dengan kasih sayang. bagi aku, kau sebenarnya belum bersedia sepenuhnya nak ada anak. andai kata kau belum bersedia nak pikul amanah yang Allah berikan dekat kau dan suami kenapa korang sanggup buat anak? bila dah ada anak macam ni pulak kau bagi dekat dia yang sememangnya tak tau apa kesalahan yang dah dilakukannya. takkanlah menangis nak susu kau sanggup dera? 

wahai wanita, eh cop nama kau IRA kan. ha, wahai ira, kalau kau betul-betul sakit hati dengan anak kau jangan la buat dia sampai macam tu sekali. dera dia dengan teruk. kau sanggup pukul, cubit dengan rakusnya, tendang dia & sepak mukanya. kau dah gila ke apa ha? sumpah, aku betul-betul sakit hati dengan tindakan yang dah kau buat. 

kalau kau betul-betul tak nak jaga dan dah tak anggapnya sebagai anak sebaik-baiknya beri anak itu kepada orang lain. ramai lagi orang yang berusaha nak dapatkan anak. ramai yang dah berkahwin tapi sampai sekarang masih tak ada rezeki nak timang anak sendiri. kau yang senang-lenang dapat rezeki tuh macam ni pulak kau buat. orang bila ada anak sayang bagai nak gila. tapi kau! terbalik pulak. kau dera dia bagai nak gila. 

arghh, sungguh aku tak tahan tengok baby tu menangis. meronta-ronta supaya kau berhenti pukul, sepak muka dia. mohon kau paham kesakitan yang dialaminya masa kau cubit dia. dia datang dekat kau tapi kau tolak dia sampai terbaring balik badannya. kau tak kesian ke? 

wahai wanita sedarlah dengan segera. anak adalah anugerah yang tak ternilai dari Allah. sekali kau lakukan macam itu dekat anak berjuta kali kau akan dapat balasannya. kalau Allah nak ambil nyawanya masa tu, aku rasa kau mesti tersentap habis. meraung & meroyan. kemungkinan besar kau akan menyesal tindakan dah kau dah lakukan pada dia.

Sempena Hari Ibu ini kau nilailah semula sikap-sikap yang kau dah lakukan terutama sekali dekat baby ni. berilah dia kasih sayang walau sekelumit pun. cukuplah dengan sekadar belaian keibuan kau kepadanya. 

ok, stop sampai kat sini. berair mata aku masa menaip entri ni. sungguh aku terasa penderitaan yang dialami baby tu. akhir kata dariku, sayangi anakmu kerana dialah permata yang paling bernilai yang pernah kau ada. sekian.

Selamat Hari Ibu


opah (tengah), mak (coklat), mak yang (biru), mak nyah (merah) & che'yah (hijau)
Dengan ini, saya empunya blog ini ingin mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada ibu-ibu di Malaysia. Terutama sekali ucapan ini ditujukan khas buat bonda, nenda, makcikanda yang  tersayang iaitu Pn. Hasmah (mak), Pn. Hajjah Sabariah (nenek), Che' Jue, Che' Yah, Mak Yang, Mak Nyah, Mak Uda, Mak Anjang, & Mak Tam. Tanpa kalian semua siapalah kami di dunia ini.

Jasa & pengorbanan kalian amat besar dalam melahirkan, membesarkan dan seterusnya memberi pendidikan serta tunjuk ajar yang secukupnya kepada kami. Kasih sayang yang melimpah-ruah amat bermakna buat kami. Memang tak ternilai harganya.. Terima kasih  atas segala-galanya. Sayang mak, opah, makcik-makcik semua. Terimalah ini sebagai tanda hadiah dariku yang berada jauh di perantauan. *perantauan la sangatkan. hak*


i was a foolish little child
crazy things i used to do
and all the pain i put you through
mama now i'm here for you

for all the times i made you cry
the days i told you lies
now it's time for you to rise
for all the things you sacrificed

oh, if i could turn back time rewind
if i could make it undone
i swear that i would
i would make it up to you

mum i'm all grown up now
it's a brand new day
i'd like to put a smile on your face every day
mum i'm all grown up now
and it's not too late
i'd like to put a smile on your face every day

and now i finally understand
your famous line
about the day i'd face in time
'cause now i've got a child of mine

and even though i was so bad
i've learned so much from you
now i'm trying to do it too
love my kid the way you do

oh, if i could turn back time rewind
if i could make it undone
i swear that i would
i would make it up to you

oh, if i could turn back time rewind
if i could make it undone
i swear that i would
i would make it up to you

mum i'm all grown up now
it's a brand new day
i'd like to put a smile on your face every day
mum i'm all grown up now
and it's not too late
i'd like to put a smile on your face every day
you know you are the number one for me

there's no one in this world that can take your place
oh, i'm sorry for ever taking you for granted, ooh
i will use every chance i get
to make you smile, whenever i'm around you
now i will try to love you like you love me
only god knows how much you mean to me

oh, if i could turn back time rewind
if i could make it undone
i swear that i would
i would make it up to you

You're no one for me!!

pesanan penaja : sayangi ibu anda walau apa pun terjadi. syurga anak berada di bawah telapak kakinya.






Mak, anakmu mahu kawin!








bercerita soal kawin ni pasti semua orang teruja bagai nak gilakan. sapa yang tak nak kawin oi? even orang gila pun nak kawin oii. aku pun nak jugak! tapi tula calon yang sesuai tu sesat tak jumpa jalan. abang, cepatla datang. hak3. erk, gatai na kamu! erk, kenapa tetiba cakap pasal kawin ni. dah dapat seru ke nak kawin? malam tadi mimpi kena belit dengan ular ke? merepek pak rafiq aje. x pernah lagi mimpi-mimpi gitu. mimpi benda lain ada la. heee. uiks, melalut lak. ok, straight to the point. sapa kat sini nak kawin? sila angkat kaki. 

ok, menurut pada apa yang aku tau, dengar, tengok sebenarnya kawin ni bukannya mudah ye. take note! ucapan kawin tu memang senang. "weh, aku rasa nak kawin la." "mak, nak kawin." "sayang, jom kawin." ha, mudahkan? ucapan aje tak cukup kengkawan oi. sebelum melangkah ke alam perkahwinan sial betulkan niat tu dulu. hidup berumahtangga bukan senang. sume benda korang kena lakukan bersama. makan minum bersama. tidur bersama. pergi kerja bersama. 

korang kena pertimbangkan semua benda. nak kena pikir masa depan anak isteri pulak. bagi lelaki takkan la korang nak suapkan anak bini korang dengan pasir? nak bagi tempat tinggal dalam pondok pulak. pakaian pulak compang-camping. kasih sayang. takkan la nak bagi seciput aje. maunya kena hempuk dengan bapa mentua korang. ye la, dulu sebelum kawin janji bukan main lagi. "saya janji ayah. saya akan bagi kasih sayang yang secukupnya dekat isteri saya yang tersayang ni." kalau bapa mentua tu sporting nak tolong korang tak apa la jugak. dibuatnya korang dapat yang jenis tak berapa nak dekat korang atau lebih senang cite yang tak berapa nak restui hubungan korang dengan anaknya memang naya weh. so, be careful & bersedialah ya. mak aih, panjangnya mukadimah! ok, bawah ni ada beberapa tips yang korang kena ambil tau :


Tips 1 : 
SET MINDA korang betul-betul. tanya pada diri. adakah korang dah cukup bersedia nak pikul sume tanggungjawab yang dah diamanahkan? dah cukup ke sume aset? kewangan pulak. dah cukup ke?

Tips 2 :
dapatkan dulu RESTU dari kedua-dua belah pihak. sama ada dari ibu bapa korang sendiri & juga bakal mentua. restu dari ibu bapa sangat PENTING. takda restu kemungkinan besar perkahwinan korang akan terumbang-ambing. takda doa kesejahteraan dari ibu bapa. 

Tips 3 :
perempuan, take note benda ni. tolonglah bersikap MATANG sebelum korang langkah ke alam perkawinan ni. takkan nak bersikap bebudak aje kan. maunya kena tempeleng dengan suami. ok, matang bukan saja dari tingkah laku tapi dalam segala hal. contohnya kalau korang ada masalah cuba bincang secara matang. jangan main taram aje ambil keputusan tuh. padah nanti. apa yang penting sentiasa berfikiran jauh sebelum buat sebarang keputusan.

Tips 4 :
sikap bertolak ansur sesama pasangan amat penting. jangan pentingkan diri sendiri aje. JANGAN asyik nak melenting aje kalau berlaku konflik dalam rumahtangga korang. cuba selesaikannya dengan waras. kalau tak tau jugak nak buat apa, cuba rujuk pada orang yang lebih arif. 

Tips 5 : 
dah cukup ke wang simpanan? weh, penting ni. jangan asyik nak enjoy aje sampai terlupa nak simpan duit untuk kawin. erm, pakar ada mengatakan bahawa lelaki seharusnya ada wang simpanan sekurang-kurangnya 3 bulan simpanan. selagi duit tak cukup selagi tu la korang tak boleh nak kawin. makin kempunan la korang.

Tips 6 :
yang ni pulak pasal kerjaya. takda kerjaya takda duit. bila dah takda duit tak bolehlah kawin. hee. kerjaya ni sangat penting. sebab yang akan menanggung semua kos hidup famili nanti adalah korang. kalau bakal isteri tu memang dah bekerjaya tak apa lagi. sekurang-kurangnya dia boleh tolong mana-mana yang patut. boleh agih-agihkan bayaran itu ini sama rata. kalau korang kawin dengan anak dara yang masih lagi belajar memang payah. takkan la nak sogok dia dengan pasirkan? takkan nak makan ikan kering + kicap tetiap hari. dapat isteri yang tak merungut tak apa lagi. erk, ada ke? itu kalau masih lagi  berdua. kalau dah bertiga berempat nanti lagi payah. kena tanggung macam-macam. susu, pampers, baju, keperluan sekolah sume korang kena tanggung. masa tu kalau pendapatan masih tak kukuh tak tau nak cakap apa la.

Tips 7 :
sentiasa bersangka baik terhadap pasangan. jangan nak cemburu buta bila tengok si isteri dengan orang lain. kemungkinan besar lelaki yang bersama dengannya tu adalah saudara-maranya sendiri. kita tak tau kan. ye la, korang pun baru aje berkawin. tak kenal sangat lagi dengan dengan keseluruhan familinya.


erm, rasanya cukup kot tips-tips kat atas ni. kalau ada sebarang cadangan nak tambah sudi-sudilah tinggalkannya di ruangan comment @ chat ye.. semoga apa yang perkongsian ini bermanfaat untuk anada semua. jumpa lagi..

p/s : thanx to someone yg bagi idea tuk entry kali ini.. thanx ye awak.. :)





ni sume sisa-sisa je la eh?


arini nak cite sket pasal something. aritukan eh silap 3 ari lepas kita beli sate dengan kawan kita. sebab dah lama sangat mengidam nak makan sate. tak banyak pun kita beli. 20 cucuk je. kiranya 10 cucuk sorang. adilkan? style kitorang memang gitu. asal beli makanan je mesti beli sama rata. fair & lovely la katakan. hikhik. 


sampai aje kat umahkan, kawan kita suruh kita ajak housemate kita ni. dengan malasnya kita pun bangun la pergi bilik dia. ajak dia makan. tapi kan tapi kan. kita sedih sesangat taw sebab kita dan kawan dapat makan 11 cucuk aje. 5 cucuk untuk kawan kita & lagi 6 cucuk kita punya. 9 cucuk lagi? housemate kita la makan. apa la awak ni. tak taw pulak. eh, kitorang baju aje bajet nak simpan untuk makan malam. tapi dia habiskan sate kita. sedihnya!

keesokannya, kita pergi lagi ke kajang beli sate haji samuri. kali ini beli 30 cucuk pulak. kenapa 30 cucuk? ee, banyak tanya la awak ni. sebabnya kawan kita lagi sorang datang rumah. nanti semua kempunan lagi sebab sate tak cukup. macam biasa la kita kasi sama rata. sorang dapat 10 cucuk. fair & lady lagi. hee. 

kawan kita suh bagi dekat housemate kita yang semalam tu. ambik bekas & letak sate, timun & nasi impit dalam 1 bekas. dan bagi kat dia. ee, seronoknya dia dapat lagi. tapi kan, benda yang paling menyakitkan & mendidihkan hati kitorang adalah ada ke patut dia cakap "ni tinggal sisa-sisa je la eh?". eee, geramnya! sungguh kita sakit hati & bengang. dah la kami ni ikhlas nak bagi dia makan sate tu tapi apa yang dibalasnya? memang ada ucapan terima kasih dari dia tapi perkataan yang keluar dari mulut dia tu la yang buat kitorang sakit hati. mendidih beb! eh, kira baik tau kami bagi awak makan sate. kalau ikutkan hati & teringat pasal kes semalamnya memang kita tak nak bagi awak sate tuh tau!

tak suka! tak suka! kita benci la! lain kali kita takmo dah ajak awak makan sama-sama lagi. sebab awak dah buat kami terasa sangat-sangat dengan apa yang awak ucapkan tu. huh! 

~sekian saje entry kali ini. jumpa lagi~

p/s : aku fedup dengan orang yang bersikap sedemikian rupa.

Kaulah sahabatku



Zaman serba moden ni terlalu banyak orang yang ingin mengambil kesempatan terhadap kebaikan yang diberikan kepada orang lain. Sekarang ni pun nak cari sahabat sejati  memang payah. Walaupun seorang! Memang tak dinafikanlah ramai kawan yang boleh di anggap sebagai sahabat tapi nak menggangkat darjat mereka sebagai sahabat sejati tu memang perlukan pertimbangan yang sewajarnya. Takkanlah nak main taram aje anggap dorang nih sahabat sejati. Silap langkah naya jadinya.

Bagiku, erti sahabat sejati adalah sahabat yang senantiasa bersama dengan kita tak kira ketika senang atau susah. Sanggup berkorban apa saja demi sahabatnya. Sanggup melakukan apa saja demi persahabatan mereka. Erk, berapa banyak sanggup daa. hee. 

Sekarang ni rakan ketika senang memang banyak & sangat mudah dicari. Memang tak dinafikanlah. Tapi, bila kita menghadapi masalah tak ada seorang pun yang datang menghulurkan bantuan mereka. Bak kata pepatah melayu "kawan untuk berhibur memang ramai, tapi kawan untuk memberikan bahunya cuma ada 1 dalam 1000". 

Ok, jom kita tengok ciri-ciri seorang sahabat sejati. Kalau rakan-rakan korang tu mempunyai ciri-ciri seperti kat bawah ni, maka isytiharlah mereka sebagai sahabat sejati anda. hee.


1. Sanggup berkorban apa sahaja demi sahabatnya :

Peribadi seorang sahabat sejati mudah untuk dilihat. Cuba ingat balik kisah-kisah korang bersama sahabat sebelum ni. Pernah tak masa korang susah dulu, dialah orang pertama yang menghulurkan bantuan dekat korang? Pernah tak? Ada sesetengah orang sanggup berkorban untuk korang. Contohnya macam ni, time korang demam, dialah orang pertama yang jaga korang. Hantar pergi klinik. Belikan makanan untuk korang yang tengah sakit tu. Time konvokesyen pulak, sahabat korang ni sanggup datang dari jauh semata-mata nak raikan kejayaan korang pada hari tersebut. Ha, siapa yang tak terharukan? Bagiku, ini lah antara ciri-ciri seorang sahabat yang amat mementingkan nilai sebuah persahabatan yang dah terjalin sekian lama. 


2. Bersabar :

Seorang sahabat sejati akan sentiasa bersabar dengan setiap kerenah sahabatnya yang sentiasa berubah-ubah. Lebih-lebih lagi kalau sahabat korang tu tengah "dijajah oleh jepun". Mana taknya, ada orang tu peragainya akan berubah-ubah setiap masa. Kengkadang marah, sedih, gembira. Semua bercampur time tu. Selain tu, dia tak berasa jemu untuk mendoakan kesejahteraan & kebaikan sahabatnya serta menyokong setiap tindakan yang sahabatnya lakukan.


3. Sentiasa beri semangat :

Apabila korang sedang bergelut dengan cabaran & dugaan, sahabat korang ni tak jemu-jemu untuk bagi korang nasihat & kata-kata semangat semata-mata untuk kembalikan emosi korang. Segala nasihat yang diberikannya boleh diguna pakai & mendatangkan kebaikan. Erti kata lain, dia seorang pemujuk yang terhebat. Segala pujukannya akan membuahkan hasil. 


4. Berfikiran terbuka :

Seorang sahabat yang memahami tak akan sesekali mengikut telunjuk dirinya sahaja. Mudah nak terima setiap pandangan yang diberikan oleh sahabatnya kalau pandangan tersebut bawa kebaikan kepada dirinya. Benda yang paling penting, dia ni bukanlah seorang yang panas baran dan keras kepala sebab sifat-sifat macam inilah yang akan memusnahkan persahabatan yang dah terjalin. Bagiku, berkongsi pendapat dengan sahabat sejati adalah lebih baik.


5. Kebaikan :

Seorang sahabat yang baik akan menasihati sahabatnya untuk terus melakukan kebaikan & melarang berbuat kemungkaran. Sebagai contoh, kalau sahabatnya tak solat maka dialah orang pertama yang akan menegurnya. Kalau sahabatnya melakukan kesalah, dialah orang yang akan menasihati sahabatnya. 


Semoga apa yang aku kongsikan pada kali ini akan memberi manfaat kepada korang semua. Akhir kata dariku "Berkawan biar 1000, bersahabat biarlah 1". Semoga bertemu lagi di entry yang seterusnya. Sekian...



~ Sahabat Sejatiku dunia AKHIRAT ~






Eh, peliknya sikap perempuan ni!





Minta perhatian wahai adik abang akak semua. Di sini, ada 1 pengumuman yang nak dibuat. Guys, please take note apa yang akan kita bincangkan pada hari ini. Semuanya berkaitan dengan perempuan-perempuan yang korang sayangi. 


1. Anda nampak gadis itu sedang bersedih tetapi tak nampak pun air mata dia. Anda bertanya tentang kesedihan tersebut. Lalu dia mengatakan bahawa dia ok saja. Nah, kalau korang nak tau sebenarnya hatinya sedang menangis. 

2. Baru aje berlaku pergaduhan dengan si Dia walaupun hal remeh-temeh? Ha, biarkan si Dia tenangkan hati & fikirannya sebelum menegurnya dengan ucapan maaf.

3. Seseorang gadis tu susah nak cari benda-benda yang tak elok dek pandangannya tentang orang yang disayanginya. Ha, sebab itulah perempuan ni senang patah hati bila percintaannya terputus ketika cinta sedang mekar.

4. Hati perempuan ni senang sangat cair bila orang yang dicintainya merenung  tajam ke dalam matanya.

5. Dengan hanya ucapan "HAI" saje, dah cukup membuatkan hati si Dia ceria.

6. Tolong jangan main sedap saja nak agak apa yang dirasai oleh si Dia. Cara yang lebih afdal adalah dengan bertanya terus si Dia.

7. Perempuan akan meluahkan rasa hatinya dekat teman baiknya. So, sebab itulah mereka-mereka yang menjadi teman baiknya akan tahu apa yang sedang dilaluinya.

8. Si Dia asyik moody sajekan. Nak tau kenapa? Sebabnya orang yang dicintainya bersikap serius terhadapnya. Secara tak langsung, benda ni boleh mematikan mood gadis kesayangan korang tu.

9. Senjata utama gadis adalah AIR MATAnya.

10. Sekiranya seseorang gadis itu dah jatuh cinta dengan seseorang, maka dihatinya yang ada cuma lelaki tersebut WALAUPUN ketika tu dia keluar dengan lelaki lain.

11. Sifat semulajadi gadis adalah sukakan pujian. Tapi, tak tau macam mana nak terima pujian tersebut.

12. Wahai sang lelaki di luar di sana. Kalau ada seseorang yang meluahkan perasaannya terhadap anda, tolonglah jangan tolak cintanya dengan kasar. Sebab kalau korang nak tau sebenarnya ada 1 semangat kat dalam hati perempuan yang korang sendiri tak tau. Bila si gadis ni dah buat sesuatu  keputusan tu, dia sanggup untuk melakukan apa saja.

13. Kalau gadis tersebut mula menjauhkan diri daripada anda atas sebab penolakan cintanya, lebih baik biarkan beliau seketika. Biarkan gadis tersebuttenangkan dirinya. Tapi, kalau anda masih lagi mahu berkawan dengannya,cubalah tegur gadis tersebut secara perlahan-lahan. Nescaya, beliau akan menerimanya. Insyaallah!

14. Kalau anda nak tau seseorang gadis tu akan meluahkan rasa hati mereka melalui muzik, puisi, lukisan dan tulisan. Sebabnya ianya mudah dan ringkas.

15. Perempuan ni sekuat & setinggi mana pun egonya, dia mudah tewas dengan cinta seseorang lelaki.

16. Lelaki! tolong jangan senyum sembarangan dekat perempuan. Sebabnya, sekuntum senyuman mampu memberikan 1000 erti baginya.

17. Benda yang paling perempuan benci adalah bila sang lelaki hanya mahu mendekatkan dirinya semata-mata untuk tackel kawan-kawan mereka yang paling cantik.

18. Sang gadis akan menggagap bahawa cinta yang mereka miliki itu adalah suatu kesetiaan, kejujuran, ambil berat & kebahagiaan tanpa sebarang kompromi. So, wahai lelaki tolong jangan permainkan cinta perempuan!

19. Apabila si gadis telah jatuh cinta hatinya akan tertanya-tanya mengapa beliau tidak berjumpa dengan lelaki tersebut lebih awal.

20. Ex-bf beliau senantiasa ada dalam hatinya. NAMUN, lelai yang dicintainya sentiasa akan berada di tempat yang paling istimewa iaitu di HATInya.

Petua tradisional untuk awet muda



Bercakap tentang muka awet muda mesti semua orang terujakan. Termasuklah diriku sekali. Mana taknya, semua orang terutama sekali kaum-kaum hawa mesti inginkan wajah yang kekal cantik dan berseri-seri gitu. Rasanya tipulah kalau tak ada seorang perempuan pun yang inginkan wajah kelihatan muda sentiasa walaupun dah kertu. hehehe. 

Eh korang, bukan perempuan aje yang nak kelihatan muda tau tapi lelaki jugak. Sekarang ni penampilan wajah lelaki lebih menyerlah kalau nak dibandingkan dengan perempuan. Tak caya? Sila lihat persekitaran di sekeliling korang. Tak kiralah sama ada di universiti, kawasan perumahan, tempat kerja ataupun kat mana-mana aje. Ha, korang pernah terserempak tak dengan individu yang kelihatan muda jelita tapi usianya dah lebih separuh abad? Aha, dengan cara yang mudah aje korang akan dapat wajah seperti mereka. Nak tau apa rahsia yang dorang gunakan? Jom ikut cara-cara kat bawah ni :


1. Minum air masak pepagi hari 
2. Banyakkan memakan ulam-ulaman dan buah-buahan
3. Solat fardu 5 waktu dalam sehari
4. Jauhkan diri dari sifat iri hati & hasad dengki
5. Berbuat baik & ramah-tamah sesama jiran tetangga & rakan taulan
6. Senyum sokmo lahh
7. Makan sebelum LAPAR dan berhenti sebelum KENYANG

Harap, korang semua dapat ikuti tips-tips ini demi untuk kesejahteraan adan dan keluarga anda. Sekian saje untuk waktu ini. Semoga bertemu lagi dalam siaran entry yang akan datang. 


sumber : majalah dara.com


Pesta Buku Antarabangsa 2012




arini sesangat lah penat sebab satu hari suntuk berjalan tanpa berhenti. Mula kuar rumah pukul 9.20 sebab nak main kejar-kejar dengan ktm. fuhh, nasib pagi ni memang baik sebab sampai aje terus dapat tren. dengan bangganya scan TnG dan terus masuk dalam tren. heee. orang lain dok usha je aku scan TnG tuh.. akak abam semua, kenapa usha saya sampai macam tu sekali. tudung senget eh? ok, abaikan pandangan mereka terhadap aku.

Sampai kl sentral terus main kejar-kejar pulak dengan incik LRT untuk ke PWTC. terlepas 1 tren. tidak!! nasib baik 6 min je nak tunggu next tren. So, tak heran sangatlah. Kalau ktm tuh memang nak berasap. Sampai aje kat PWTC ronggeng dulu dalam The Mall. Mak aih, bukan main ramai lagi umat manusia kat dalam mall tuh. ok, redah aje la sementara tunggu adik aku sorang nih. Last minit ajak dia. Nasib baik nak join. Selalunya bukan main payah lagi budak iema ni nak join. heehee. Jangan marah ye dik.

Pegi pesta buku antarabangsa ni sebab nak cari novel aje. Sebab dengar cite memang murah time nih. Memang betul. Masuk aje dlm PWTC tuh memang tak boleh nak jalan. Ramai sangat-sangat manusia yang ada dalam tuh. Nasib baik tak pengsan kat dalam tuh. Maunya tak, cuba bayangkan keluar rumah dengan perut kosong. Nak makan kat The Mall tuh memang susah kot sebab sume kedai makan full. Arghh.

Jenjalan sampai kaki pun hampir nak bengkak & cramp. Novel yang aku nak tak ada la pulak. Dah habis. Tidak!! Ok, next cari novel kawan. Alang-alang dah ada kat pesta buku tuh cari terus la. Sian pulak aku tengok sebab dok tercari-cari novel Anak Dara Menteri nih. Pulun jalan lagi dan akhirnya jumpa novel tersebut tapi tinggal sambungannya yang ke-3 aje.   Beli aje lah alang-alang dah ada kan. 

ni sume barang-barang yang aku beli kat pesta buku tuh. Alang-alang dah sampai rugi rasanya tak beli satu hape pun kan. 



Usai je berjimba kat pesta buku tuh terus g jalan tar. Jenjalan dulu sebelum balik setelah memboroikan perut dekat pizza. Oh tudung, tak sabar rasanya nak pakai kamu. :)


Memandangkan mata pun dah ngantuk, so I cau cin cau dulu eh.. Selamat malam dalam entry yang seterusnya..

p.s : to incik pisyek --> dah cukup 3 3 novel nih nt aku nak pinjam eh.. :)




maafkan aku - afee utopia



Setelah kau pergi tinggalah aku sendiri
Baru ku sedar semua pengorbanan mu
Selama ini ku tak peduli ku persiakan hidup mu
Keegoan ku ini memakan diri
Tuhan tolonglah kurindu dia
Kembalikanlah asmara cinta mekar sewangi dulu
Ku harap engkau maafkanlah diri ku
Aku bersalah mempermainkan mu
Hingga membuat kau sengsara
Berilah peluang untuk kali kedua
Akan ku buktikan kasih dan sayang ku
Terhadap mu
Mengapa dulu
Kau hancurkan hati ini
Mengapa engkau
Tak serius dalam cinta
Kenapa kini baru
Engkau menyesalinya
Sedangkan aku kini
Telah dimiliki
Berilah peluang untuk kali kedua
Akan ku buktikan kasih dan sayang ku
Terhadap mu
Tuhan tolonglah kurindu dia
Kembalikanlah asmara cinta mekar sewangi dulu
Ku harap engkau maafkanlah diri ku
Aku bersalah mempermainkan mu
Ooo… dalam sengsara

Dan tidurlah by Andra & the backbone




Pejamkanlah
Rebahkanlah dirimu
Lepaskanlah segala yang tlah kau lewati

Bermimpilah
Mimpi tentang diriku
Jadikanlah sebagaibunga tidurmu yang indah

Dan tidurlah sayang
Biarkan dirimu merentang melayang
Dan aku di sana menunggu dirimu di gerbang bersama
Sampai esok tlah menjelang

Bermimpilah
Mimpi tentang diriku
Jadikanlah sebagai bunga tidurmu yang indah

Dan tidurlah sayang
Biarkan dirimu merentang melayang
Dan aku di sana menunggu dirimu di gerbang bersama

eh, dah masuk bulan May rupanya.








comey tak kartun kat atas nih? comeykan. cepat cakap comey, kalau tak ceq sekeh kepala hangpa sengsorang. hee. Diam tak diam rupa-rupanya bulan may dah menjengah tiba. Cepatnya masa berlalukan. Tibanya bulan may membuatkan aku terketar-ketar seorang diri. Sebabnya? Macam-macam yang akan berlaku dalam bulan may nih.

Start 7 May exam bermula. First paper aku adalah Ethics. Grrr. Sungguh aku cuak. Cuak sebab apa? Takda satu benda pun aku tak study lagi. Kenapa tak study? Sebab busy sesangat dengan FYP. Bercakap tentang FYP, ni lagi satu benda yang buat aku cuak tahap apa aje. Presentation 23 May. Dan sistem yang aku nak present ni tak siap-siap lagi. Ya ALLAH, permudahkan segala urusanku. Cekalkan hatiku dalam menyiapkan semua ini. Aminn.

Dalam bulan may ni jugak aku mula mengenali salah seorang blogger perak aka BPian. namanya Hafiz Suhaimi. nak tau sapa dia? sila google sendiri. eh, awak mintak saya buat entry pasal kita datim-datim 1 May kan. nah! ni untuk awak. hahaha. tetiba berAwak pulak. rasanya lebih maniskan. Takkan nak panggil abang pulak. haipphaip, jangan salah sangka okeyh. Aha, awal perkenalan kami bermula dengan aku mintak tolong dia pasal coding untuk website. Seyes, dia ni pro sesangat bab-bab coding nih. Wa tabik same lu lah. hee

Cerita pasal datim dengan beliau? okeyh, secara tak sengaja berdatim dengan beliau atas sebab-sebab tertentu. Beliau nak pergi tempah baju. Usha punya usha last-last tak jadi nak tempah. decide nak tempah secara online aje. apa daaa.. jangan marah ye. hee. apa yang terjadi pada hari kejadian? bertolak dari UKM seawal mungkin untuk mengelakkan orang ramai. Tapi sampai aje dekat ktm UKM bukan main ramai lagi umat manusia yang setia menunggu ketibaan tren tersayang. terpaksa beratur panjang semata-mata nak reload TnG aje! puihhh. penat giler. Dalam tren pulak dah macam sardin. Habis cair segala makeup. baju pun hampir-hampir nak lenjun. Kan dah tak cun. hakhak.

Sampai Midvelly terus aje usha tiket wayang. Ni satu lagi. Beratur bukan main panjang lagi. Hampir-hampir nak menjadi 1 bulatan semata-mata nak beli tiket wayang aje. ok, tak dapat tengok avengers, tengok la Lockout. Not bad cite nih. Penat beratur pegi makan. haa, bermula lah sesi ice breaking. ice breaking ke?sembang itu ini. Macam-macam yang aku dan dia nih korek. Habis makan terus bergegas ke central market sebab nak usha tempat printing baju. Survey punya survey kebanyakkan kedai nak amik 5 helai dan ke atas. budak ni nak buat dalam 2 3 helai aje. 

bergegas semula ke midvelley sebab time movie ada dalam beberapa minit aje. Fuhh, bukan main laju lagi kitorang lari-lari anak ke sana. Kalah watson yambek. erk, betul ke ejaan name dia nih? taram aje lah. Its movie time. yeahyeah. Dalam wayang tuh 2 3x gak terpejam mata sebab mengantuk sesangat. ekau tak perasankan. hakhak. takpe, itu lebih baik. ok, movie ni tak lama sangat cuma 1 1/2 jam saja kata beliau. 

habis wayang buat apa? haaa, pergi usha IPOD. pergh, untunglah nak beli IPOD. belanja satu boleh? hee. cadang nak pergi pesta buku kat pwtc tapi memasing tak tau nak pergi ke sana macam mana. Last-last balik terus sebab dah tak tau nak pergi mana. Sampai UKM sambung datim lagi. hakhak. ke econsave aje. beliau nak beli barang keperluan. apa dia? tanyalah si dia. sebelum balik sempat lagi dinner bersama. char kuew tiaw time. lepas tuh buat apa? bersurailah kami. sambil lambai-lambai hantar kepulangan beliau. masuk umah siap-siap semua terus tido. hoho, nice day.

eh, macam tak caya aje berdatim bersama abam macho nih. nice to know u, frenz. lepas ni jangan segan-segan dah nak tegur kalau terserempak kat mana. Siaplah kalau tak tegur. hakhak.


p/s : nanti nak kuar jangan lupa ajak lagi ye.lalala..




Sakitnya putus cinta!




Kengkawan semua pernah tak korang putus cinta? sakitkan rasa bila putus cinta. Kenyataannya memang sakit. Ini belum dikira lagi sakitnya bila putus tunang. Lagi dahsyat penangannya. Nak pulak tarikh kahwin dah hampir. Sesetengah orang bila dah putus ni merana sangat-sangat. Dan ada pulak yang meroyan tiba-tiba sebab orang yang disayangi tak ada lagi disisinya. Nak ubati sakitnya putus cinta ni bukan senang. Ada sesetengah orang ambil masa berbulan-bulan malah bertahun lamanya pun ada untuk lupakan perkara tersebut. 

Selalu dengar rintihan serta luahan hati rakan-rakan tersayang membukakan pintu hati aku untuk membuat entry ini. Bukan untuk mengaibkan sesiapa tapi sekadar perkongsian sesama manusia. Nak dikatakan doktor cinta tu sememangnya tak lah sebabnya sampai sekarang ni aku masih lagi mencari insan yang betul-betul setia dan boleh bimbing aku ke jalan yang lebih lurus..cewahh, padahal!! 

Ok, straight to the point. apa yang mampu aku lakukan bila kengkawan share dorang punya problem, aku dengar, dengar, dan terus mendengar. *pendengar setia nih. hee*. Bagi kata-kata semagat, dorongan serta nasihat. Apa yang paling penting sekarang nih jangan sampai abaikan diri sendiri. itu aje. Jom usha kat bawah ni macam mana nak menangani hati yang terluka.


Ingat ALLAH. Insyaallah hati akan jadi tenang setenang air di lautan *

Perkara ni memang penting sesangat. Jangan abaikan Allah. Bila senang lupakan Dia tapi bila susah barulah tergapai-gapai cari Dia. Heypp, sifat ni memang tak wajib kita ikut ye wahai teman-teman sekalian. Selain daripada tu, cuba teguhkan pegangan agama. Buat perkara yang wajib kita lakukan. 


* Luahkan segala perasaan yang terpendam dekat orang yang paling korang sayang atau rapat *



Rasanya dengan cara korang luahkan dan kongsi setiap masalah yang dihadapi dengan orang yang paling korang sayang atau kenalan rapat merupakan jalan yang terbaik. Sebagai contoh ibu korang sendiri. Bagi aku ibu adalah segala-galanya. Beliau juga adalah pendengar yang setia. Dengar setiap rintihan serta rungutan dari anak-anaknya. Setiap kata-kata yang keluar dari mulut ibu umpama suatu hikmat untuk kita. Tak percaya? Cubalah! Selain dari ibu, korang juga boleh kongsikan masalah dengan kenalan rapat. Kemungkinan besar kengkawan korang dapat bagi tips-tips dan nasihat yang korang boleh amalkan. Bukannya apa, sekurang-kurangnya korang taklah keseorangan dalam menghadapi masalah macam ini. Bagi aku, dengan meluahkan segala masalah dengan mereka sekurang-kurangnya dapat mengurangkan tekanan dalam diri korang.


* Sibukkan diri dengan aktiviti yang positif *


Aha, cara ni kadangkala dapat menolong korang. Eh, bukan kadangkala tapi selalunya lah. Korang boleh sibukkan diri dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah contohnya bershopping, tengok movie, karaoke ke? tak pun macam yang aku selalu buat pergi main bowling dengan kengkawan. Anggaplah pin bowling itu umpama masalah-masalah korang dan bola bowling itu umpama benda yang dapat menghancurkan setiap masalah korang. Baling bola bowling itu dengan sekuat hati. Strike? congratez. Melihat setiap pin-pin bowling yang terjatuh umpama masalah yang dihadapi hilang dengan begitu saje. Bukannya apa, at least dengan melakukan benda-benda yang kita suka secara tak langsung membuatkan kita lupa akan masalah-masalah tersebut.


* Tolong simpan setiap pemberian dari si DIA *


Tipulah kalau korang tak pernah dapat hadiah daripada si Dia. tolong jangan kelentong eh! hee. Kalau boleh tolong simpan keSEMUAnya sekali dalam satu tempat. Dan kalau boleh simpan benda-benda tersebut kat tempat yang korang tak boleh nak nampak atau capai. Sebagai contoh simpan kat bawah katil, atas almari. Tak pun bako aje semuanya. Hakhak. Sanggup ke? aku sanggup aje kalau si DIA betul-betul sakitkan hati kitakan. hakhak. Kejam giler aku nih. Tolong jangan ikut apa yang aku lakukan. Yela, manalah taukan. Tuptup, jodoh korang panjang. :)


* Cari kawan yang berlainan jantina. Pondan pun boleh! *



Kalau korang yang tengah putus cinta ni perempuan carilah seramai mungkin kaum adam. Kalau yang tengah putus cinta tuh lelaki carilah perempuan. Kan banyak kat luar sana. Korang pilih aje yang mana sesuai dengan kriteria yang korang idamkan. Bunga bukan sekuntum. Kumbang bukan seekor. Cewah! Tapi korang mesti ingat. Setiap pergaulan yang dah terjalin tuh mesti ada batasannya. Jangan main redah aje. ingat!


* Elakkan dari duduk bersendirian


Haa, ni salah satu tabiat bebudak zaman sekarang. Suka duduk bersendirian. Kononnya nak tenangkan fikiran yang berserabut. citt. Tak ada maknanya semua itu. Cara ni sememangnya bukan cara yang efektif sebabnya dengan cara bersendirian secara tak langsung membuatkan kita teringat-ingat dekat si DIA. haaa, kan dah mengundang padah namanya. Tolonglah, jangan ikutan sangat perasaan tuh. Benda ni kadangkala boleh memudaratkan diri korang sendiri. Cuba lakukan aktiviti-aktiviti yang lebih berfaedah. Senang cerita pergilah berjimba dengan famili atau kengkawan. Itu lebih afdal. :)


* Elakkan perkara yang boleh mengundang kesedihan *

Apa tuh? haa, senang aje. Cuba elakkan dari melakukan perkara-perkara yang boleh menambah lagi luka dekat hati korang. Sebagai contoh dengar lagu-lagu yang kamu dan si DIA selalu dengar atau karok. Korang tuh, dah la jiwa tengah kacau tapi layan pulak lagu jiwang bagai. Itu namanya cari bala sendiri. 


* Cari pengganti si DIA *



Rasanya cara ni cara yang terbaik kot. Cuba pergi kat luar sana. Cari pengganti si DIA. Jangan seksakan diri korang dengan mengingati si DIA. Korang bersedih bagai nak giler sedangkan si DIA tengah happy dengan kekasih baru. Kan tak berfaedah namanya. Bila dah jumpa dengan orang batu cepat-cepatlah kahwin ye. Bina hidup baru dengan orang yang baru.