Kena peluk?bestnya...








hi hi hi wahai readers semua.
mesti terujakan dengan tajuk entry nih. mestilaa
eh eh, pernah kena peluk tak?
tak kisah la dengan sape korang peluk, dipeluk atau memeluk 
indahkan terutama sekali dapat pelukan dari orang yang disayangi... 
peluk tuh peluk jugakkan.. bagi yang belum muhrim lagi kalau nak peluk lebih-lebih sila akad nikah dulu ye..
haa, korang tau tak sebenarnya sesi peluk nih ada faedahnya. nak tau? 
bawah ni ada beberapa fakta tentang pelukan.. 


  • Dapat tingkatkan keserasian : Hasil daripada kajian pakar menunjukkan bahawa dengan sebuah pelukan, ia akan meningkatkan lagi keserasian antara pemeluk dengan orang yang dipeluk secara automatik. Hubungan komunikasi akan menjadi lebih baik.

  • Jantung lebih sihat : Pelukan akan meningkatkan hormon oxytocin (hormon kesihatan jantung) dan mengurangkan hormon kortisol (hormon yang menyebabkan stress dan meningkatkan tekanan darah).

  • Perlahankan kadar degupan jantung : Seseorang akan berasa lebih tenang apabila menerima pelukan. Kajian juga menunujukkan bahawa kadar degupan jantung seseorang adalah lebih perlahan berbanding daripada orang yang tidak berpelukan walaupun didalam situasi yang normal.

  • Hilangkan sifat negatif : Dengan pelukan, sifat negatif seseorang seperti ketakutankesunyian, kekurangan keyakinan diri dan sebagainya dapat dihilangkan.

  • Tingkatkan rangsangan sistem saraf : Professional seperti pakar psikologi menggunakan pelukan sebagai salah satu cara untuk memberi kekuatan terhadap pesakit mereka.
p/s : bestnya kena peluk.. hug me please..errr




Aeon Station 18


Salam bloggerz..

pertama sekali nak cakap aku cukup teruja bila Aeon Station 18 ni buka. sebabnya 1 aje la.. nanti kalau balik kampung senang nak hangout. sebelum ni semua sedia maklum shopping complex yang ada pun cuma Pasabina kemudian tak lama lepas tu muncul pulak tesco. tesco bukak secara tak langsung perniagaan kat pasabina down giler-giler. memang ketara sangat. sekarang ni pulak dengan adanya Aeon aka Jaya Jusco ni tambah lagi la pembangunan kat pengkalan. pergh, berbangga gak. Ipoh semakin laju.. oyeah..

nak dijadikan cerita seawal pagi 9 dah siap-siap semata-mata nak cari parking kat jj nih. 9.30 bertolak 9.40am dah sampai..tak jauh mana pun dari kampungku. jom usha apa yang ada kat dalm jj baru ni.sebelum masuk pose dulu :

P1020847 P1020846 P1020848 P1020849


style budak becok ni same aje.. cayalah mia..
ok, sekarang jom tinjau apa yang ada dalam jj nih.. layannn

P1020852
~cik monyet yang sedang bergayut~

P1020854 IMG_2028 (120329) 
~old town yeah.. tunggu kedatanganku~
IMG_2030 (120329) 
~sakai sakae sushi~
IMG_2033 (120329)
~ ak suka masuk kedai ni sebab barangnya sume RM5~

ok, sebenarnya banyak lagi kedai yang ada. tapi 2 aje benda yang aku espect ada tapi tak ada : pusat karaoke & bowling.. kecewa… sapa-sapa yang tak berkesempatan jejakkan kaki ke jj ni lapangkan la masa anda ye..sesungguhnya memang tak rugi pergi sini.. semoga ketemu di entry yang lain.. wassalam

Semarak Cinta






‘Buaya darat terlaris’, itulah gelaran yang diberikan rakan-rakan kepada Adi Hamidi kerana sikap kasanovanya. Teman-teman wanitanya hanya dianggap sebagai teman untuk bergembira. Tidak pernah ada sedikit pun rasa cinta yang terbit daripada perkenalannya dengan teman-teman wanitanya kini setelah dia dipermainkan oleh bekas kekasihnya. Akibat kecewa dengan cinta pertama, dia menghukum semua wanita dengan menganggap bahawa cinta suci seorang wanita tidak pernah wujud.

Lantaran sikap kasanovanya itu membuatkan Kapten Mohamad, ayah kepada Adi Hamidi terpaksa campur tangan dalam hal perkahwinannya. Memandangkan umurnya yang sudah meningkat, Kapten Mohamad membuat keputusan untuk mengatur perkahwinan Adi Hamidi dengan anak rakan baiknya yang telah lama terpisah.

Demi kasih sayang dan rasa tanggungjawab kepada kedua ibu bapa telah mengikat Adi Hamidi dan Nur Alia dalam satu ikatan pernikahan tanpa rasa cinta dari kedua-dua belah pihak. Walaupun begitu, Nur Alia tetap menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri. Dia cuba menjadi seorang isteri yang terbaik kepada Adi Hamidi sekali gus berusaha untuk menghapuskan tanggapan buruk dan melunturkan ego sang suami dengan cinta dan kesetiaan yang ditunjukkannya.

Tanpa disedari, perasaan sayang kepada isterinya semakin hari semakin terserlah. Namun, ada sahaja dugaan yang melanda setiap kali mereka baru sahaja mahu mengecapi rasa bahagia. Ada sahaja pihak yang iri hati dengan kebahagiaan yang baru sahaja mahu menunjukkan sinarnya. Dapatkah mereka mengharungi semua dugaan ini?


p/s : nak beli novel Semarak Cinta ni? orite, klik link ni "Semarak Cinta"




Jiwa tak tenang? jom hayati ayat-ayat indah yang indah ini



semoga ayat2 di bawah ini dapat memberi ketenangan kepada jiwaku dan rakan2 sekalian.

Ya Allah… gantikanlah di tempat keresahan ini dengan kedamaian,
di tempat kedukaan dengan kegembiraan
dan di tempat ketakutan dengan keamanan


Ya Allah, sejukkanlah gejolak hati ini dengan salji keyakinan
dan padamkanlah bara dijiwa dengan air keimanan..

Ya Allah..buatlah mata yang tidak mahu lelap
merasa mengantuk yang memberi ketenangan,
dan letakkanlah di jiwa yang goncang ini kedamaian,

dan berilah balasan baginya
dgn kejayan yg sudah hampir


Ya Allah… halakanlah kebingungan pandangan hatiku kpd nur cahaya-MU
dan tindakan-tindakan ku yg keliru kpd jalan MU yg lurus..
dan palingkanlah org2 yg menyimpang dari jalan MU
kpd hidayah MU


Ya Allah… lenyapkanlah was-was dgn fajar cahaya kebenaran,
dan hapuskanlah jiwa yg resah dgn falak kebenaran,
dan tolaklah tipu daya syaitan dgn tentera bantuan-MU
dalam keadaan terhina...


Ya Allah,lenyapkanlah dukacita ku, hilangkanlah kesedihanku,
sembuhkanlah kesakitanku..
dan halaulah keresahan dari jiwaku...


Ya Rabb…Ya Tuhanku… Daku berlindung kpd-MU
dari rasa takut,kami bersandar dan berserah hanya kpd -MU,

Daku tidak meminta tolong melainkan kpd-Mu
Engkaulah pemelihara ku….
sebaik2 pelindung dan penolong…

Ameen YA ALLAH

nak tiket wayang free?


korang, click ni http://my.churpchurp.com/choc236/share/GSC25th klu nak tiket wyg free